CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

Characteristics and Needs of Talented Learners

Article 1 , Article 2 , Article 3, Article 4, Article 5

5 comments:

  1. ULASAN & KRITIKAN ARTIKEL 2

    Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak- kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa. Tiada satu konsep yang khusus untuk pintar cerdas/berbakat. Ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ia bukan sahaja berasaskan kecerdasan tetapi juga merangkumi keupayaan intelek yang umum, kebolehan akademik, pemikiran kreatif dan produktif, kepimpinan, seni tampak dan lakonan serta keupayaan psikomotor. Cara mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan ujianujian piawai mengenai keupayaan umum, pencapaian, kreativiti, kecenderungan dan personaliti. Ia juga boleh dikenalpasti berdasarkan ramalan guru, ibu bapa, rakan sebaya dan kendiri.
    Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Dr Sternberg di dalam bukunya Conception of Giftedness pula berpendapat, kepintaran terdiri daripada tiga faktor iaitu :
    1) kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif
    2) kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis
    3) kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan
    sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  2. ULASAN & KRITIKAN ARTIKEL 3

    Sistem dan kaedah pembelajaran serta pengajaran untuk pelajar pintar cerdas perlu diperbaiki serta diperhebatkan selepas sekian lama ia seakan terabai kerana tumpuan lebih diberikan kepada pelajar golongan khas. sistem pendidikan negara selama ini hanya memberi keutamaan dan tumpuan kepada pelajar golongan khas tanpa menyedari tumpuan yang sama harus diberikan kepada pelajar pintar. Selama ini kita lihat dasar pendidikan negara kita ada kelas untuk pelajar biasa dan ada kelas khas untuk pelajar cacat penglihatan, cacat pendengaran, autisme, sindrom down dan segala aspek daripada segi kecacatan dan kelemahan diambil kira tapi kita lupa ada pelajar yang kecerdasan mereka, merupakan golongan luar biasa. Luar biasa daripada segi mereka berfikir, luar biasa daripada segi mereka belajar. Mereka juga perlukan pembelajaran yang baik. Sudah tiba masanya aspek pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk golongan pelajar pintar cerdas diadakan selepas sekian lama ia terbiar sedangkan ia telah lama wujud di negara-negara lain.

    ReplyDelete
  3. ULASAN & KRITIKAN ARTIKEL 4

    Aspek pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk golongan pelajar pintar cerdas diadakan selepas sekian lama ia terbiar sedangkan ia telah lama wujud di negara-negara lain. Perancangan untuk keperluan pelajar-pelajar seperti ini adalah seperti program tadika pintar, sekolah pintar, akan membawa perubahan besar pada pembentukan jati diri bangsa yang lebih hebat untuk masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. ULASAN & KRITIKAN ARTIKEL 5

    Ujian dalam talian UKM1 merupakan saringan pertama untuk mencari pelajar-pelajar pintar cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Program PERMATApintar Negara.

    Pelajar berusia 9-15 tahun untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Pelajar beragama Islam berusia 8 tahun (darjah 2 pada tahun 2011) untuk program Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia.
    Pelajar berusia 15 tahun (tingkatan 3 pada tahun 2011) untuk menyertai program Pendidikan Menengah Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.

    ReplyDelete
  5. Boleh rujuk pembentangan powerpoint kumpulan dalam tajuk ini untuk mendapatkan penjelasan lebih mendalam.

    ReplyDelete

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Popular Posts