CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

Personality and Learning Styles of Gifted Children

Article 1 , Article 2 , Article 3, Article 4, Article 5

5 comments:

  1. ULASAN & KRITIKAN (ARTIKEL 1)
    PERSONALITI PELAJAR PINTAR CERDAS

    Personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan cara pemikiran dan tingkah laku seseorang individu. Secara tradisional, kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang stabil dari segi kebijaksanaan dan mempunyai kelayakan yang mencukupi darisegi pencapaian IQ test untuk diiktraf sebagai kanak-kanak berbakat. Ianya lebih cenderung atau mirip kepada menekankan atau menitikberatkan kestabilan kecerdikan atau kepandaian. Banyak individu yang pintar cerdas tidak lain dengan orang biasa seperti kita. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna mereka adalah sama dengan semua orang kecuali kecerdasan yang tinggi. Mungkin apa yang membezakan orang biasa dengan mereka yang pintar cerdas bukan kecerdasan semata-mata tetapi kelebihan mereka yang lain. Individu yang pintar cerdas berkongsi keistimewaan tertentu yang membezakan mereka dengan orang lain. Melalui pemahaman keistimewan ini, kita memahami individu pintar cerdas. Tingkah laku mereka ini sebenarnya boleh dijelaskan dan difahami.

    ReplyDelete
  2. ULASAN & KRITIKAN (ARTIKEL 2)
    CARA BELAJAR PELAJAR PINTAR CERDAS

    Suka belajar dengan sistematik, memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah serta rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru.
    • belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi
    • berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi 4 KOGNITIF

    ReplyDelete
  3. ULASAN & KRITIKAN ( ARTIKEL 3 )

    Personality, Learning style, and Cognitive Style Profiles of Mathematically Talented Students by Mills (1993), reports on a study that compared academically talented students to a group of same-age peers of mixed ability and found that they differed on four important dimensions of cognitive style (preferences for Introversion-Extraversion, Sensing-Intuition, Thinking-Feeling, and Judging-Perceiving). The talented students also differed from the general population of students on three personality scales (achievement, endurance, and affiliation). Although as a group the academically talented students differed from other students on these dimensions, not all gifted students looked the same. There were also differences within the gifted and talented group. In fact, a wide range of scores on the personality traits and all different cognitive styles were represented in the gifted group. It's just that the distribution of scores within the gifted group looked very different from that found in a general population of students. These intragroup differences were related to gender and whether the student had high math or high verbal ability. A surprising and very interesting finding in this study was that the Thinking-Feeling dimension on the MBTI appears to be a mediating variable decreasing the between-gender differences often found for math ability while increasing the within-gender differences.

    ReplyDelete
  4. ULASAN & KRITIKAN ARTIKEL 4


    Personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran dan tingkah laku seseorang individu. Personaliti merupakan ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu tetapi berbeza dengan individu yang lain. Menurut Warren & Carmichael (1930), personaliti merupakan seluruh organisasi mental seseorang insan dalam semua peringkat perkembangannya.
    Banyak faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang. Individu yang lahir daripada keluarga yang sempurna mungkin tidak sama personalitinya dengan personaliti individu yang lahir daripada keluarga yang berpecah belah. Individu yang mempunyai sejarah hitam kehidupan lepasnya mungkin mempunyai personaliti yang berbeza dengan individu yang sejarah kehidupannya penuh dengan perkara-perkara yang
    menggembirakan. Ini menunjukkan pengalaman lepas juga mempengaruhi personaliti
    seseorang. Menurut Asmawati Baharuddin dan Norhalim Ibrahim (1996), personaliti
    seseorang individu merangkumi aspek-aspek kecenderungan tingkah laku. Personaliti
    merupakan natijah kepada interaksi faktor genetik dan faktor persekitaran. Personaliti
    dipengaruhi oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman adalah baka
    dan keturunan, aspek-aspek fizikal, fisiologi dan biokimia, pengaruh endokrin dan proses-proses pertumbuhan, kematangan dan pembesaran. Faktor-faktor luaran pula ialah ibu bapa, guru-guru, media, faktor sosial dan budaya, pengalaman hidup, kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit.

    ReplyDelete
  5. ULASAN & KRITIKAN ARTIKEL 5

    Setiap pelajar di dalam bilik darjah mempunyaii nilai yang sama sebagai insan ciptaan Tuhan. Oleh itu setiap pelajar mempunyai hak yang sama untuk dihormati sebagai manusia dan menerima pengalaman pendidikan yang sewajarnya.

    ReplyDelete

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Popular Posts