CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

Introduction

 Article 1 , Article 2, Article 3, Article 4, Article 5

5 comments:

  1. ULASAN&KRITIKAN (ARTIKEL 1)

    MENGENALI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

    Pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. Selain itu, pintar cerdas juga ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.

    Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:

    Pengamatan tinggi, Keinginan untuk tahu tinggi,
    Minat mendalam, Menerima infomasi dengan pantas,
    Ingatan yang tinggi, Mungkin dapat membaca lebih awal, Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun, Tatabahasa yang tinggi, Tahap penumpuan yang lama, Kebolehan menyelesaikan masalah, Suka bertanya dengan lebih teliti, Keupayaan imaginasi yang tinggi, Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial, Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku, Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan, Bersemangat dan bertenaga, Pandai berjenaka, Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan.

    ReplyDelete
  2. ULASAN & KRITIKAN (ARTIKEL 2)
    MELAHIRKAN PELAJAR PINTAR

    Mendapat anak pintar adalah anugerah tidak ternilai daripada Allah. Tidak semua kanak-kanak dilahirkan pintar. Bagaimanapun, anak-anak boleh diasuh dan dididik menjadi pintar, cerdas dan cerdik sejak awal usia lagi. Sekolah-sekolah seharusnya juga berusaha melahirkan pelajar pintar. Pelajar pintar atau genius sebenarnya boleh dididik dan dikembangkan bakatnya kerana ia mempunyai keupayaan ke arah pemikiran kreatif dan kritis. Pelajar pintar biasanya tepat dan bijak dalam berbicara, mempunyai ketepatan berfikir dan ketepatan bertindak. Mereka dapat dididik dan membesar dengan sempurna daripada segenap sudut iaitu fizikal dan spiritual. Salah satu kejayaan terbesar guru di sekolah adalah melahirkan ramai pelajar pintar. Melalui didikan sistematik dan terancang, guru boleh memainkan peranan melahirkan pelajar pintar. Salah satu program yang diusahakan sekarang ialah Program Permata Pintar telah dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2008 untuk mengenal pasti pelajar pintar, cerdas dan berbakat pada peringkat usia awal. Sebelum ini tiada program khusus untuk pelajar pintar bagi meningkatkan kebolehannya. Matlamat dan strategi program ini untuk melahirkan lebih ramai pelajar pintar di negara ini. Selain itu, program ini juga dapat mendidik dan melahirkan pelajar pintar sebanyak mungkin mengikut sistem dan ujian yang lebih efektif.

    ReplyDelete
  3. ULASAN & KRITIKAN (ARTIKEL 3)

    Kanak-kanak pintar cerdas ini perlukan sokongan dari semua pihak terutamanya guru, ibubapa dan masyarakat suaya mereka dapat mencapai potensi diri yang optimum.

    ReplyDelete
  4. ULASAN & KRITIKAN (ARTIKEL 4)

    Artikel Berita Harian di NAGCM
    Anak-anak pintar cerdas TIDAK seperti anak-anak lain dan bakat mereka perlu dikenalpasti dari awal lagi. Kebiasaannya "kelayakan IQ" dari 130. Mereka juga dapat diamati dalam tiga tahun pertama dengan perkembangan pantas melalui tahap perkembangan.

    ReplyDelete
  5. ULASAN & KRITIKAN (ARTIKEL 5)

    Kanak-kanak pintar cerdas

    - mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain ( 120 > lebih )

    - menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain

    -lebih berdikari dalam aktiviti p & p

    -mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p

    -mempunyai kepimpinan

    -dll

    ReplyDelete

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Popular Posts